Inilah Sebab Kenapa Semua Orang Perlukan Aromaterapi?

Kenapa semua orang perlu aromaterapi

Aromaterapi adalah satu cara terapi atau berubat dengan wangian. Wangian berkait rapat dengan emosi dan memori. Setiap orang ada wangian kesukaan tersendiri, sesuatu wangian juga kadangkala mengingatkan kita kepada sesuatu atau seseorang. Ada kenangan yang sudah terlekat padanya. Wangian mempunyai nilai sentimental. 

Mengikut kajian, wangian berupaya membawa keluar sesuatu masalah yang tersimpan dalam badan kita. Masalah itu mungkin adalah kesakitan di badan atau di minda, seperti trauma. Badan kita merakam setiap kejadian yang pernah kita alami. Kerana itu dikatakan, di akhirat nanti hanya anggota tubuh yang berkata-kata. 

Sebenarnya sekarang pun ia sudah berkata-kata, tetapi kita hanya mendengarnya sebagai kesakitan yang tidak dapat dikeluarkan. Di sini lah aromaterapi diperlukan. Wangian mempunyai gelombang aura tertentu yang lebih tinggi dari gelombang badan dan kesakitan yang seseorang alami. Gelombang yang tinggi ini akan memecahkan gelombang yang rendah, iaitu rasa sakit. 

Tapi apakah jenis wangian yang digunakan sebagai aromaterapi? Wangian yang digunakan dalam aromaterapi mestilah wangian semulajadi. Bukan wangian sintetik atau buatan seperti minyak wangi badan, kereta atau rumah yang hanya wangi tapi tidak memberi apa-apa manfaat. 

Wangian semulajadi biasanya digunakan di spa, mereka menggunakan minyak urut asli dari tumbuhan seperti bunga-bunga, daun dan kayu sambil menekan ke seluruh badan pelanggan yang datang untuk membantu mereka relaks dan mengeluarkan sakit-sakit badan yang berkaitan dengan memori dan mental seperti stress. 

Memori buruk dan emosi yang terkandung dalam badan kita sememangnya perlu dikeluarkan sebelum ia termanifestasi menjadi penyakit yang tidak diketahui puncanya. 

Menyimpan emosi marah boleh mendatangkan sakit pada hati, menyimpan rasa benci boleh mendatangkan sakit pada jantung, emosi kesedihan boleh mendatangkan sakit pada paru-paru, takut dan trauma boleh mendatangkan sakit pada buah pinggang. Selalu risau pulak boleh mendatangkan sakit pada usus. 

Ada banyak cara melepaskan emosi, stress atau trauma. Menangis, menulis, menyanyi, marah, berlari, meditasi, mengaji dan banyak lagi. Tapi tidak semua orang tahu membuatnya. Lagipun memang ada memori, trauma dan stress yang hanya boleh dikeluarkan dengan menghidu wangi-wamgian. Kerana itu sunat untuk berwangi-wangian. Ia menyihatkan badan dan memberi semangat. Wangian juga adalah makanan kepada semangat kita. 

Adakah anda menyimpan stress dalam badan anda? mahukah anda mengeluarkannya dengan aromaterapi? Memang tidak semua penyakit sembuh dengan sekali rawatan, jadi apa kata jika anda membuat rumah anda terasa seperti di spa dengan memasang wangian di ruang rehat rumah anda. Walaupun anda tidak kemana-mana, hanya berada di rumah, anda merasa relaks dan tenang dengan adanya aromaterapi. 

WhatsApp kami di 0168037709 untuk tempahan atau maklumat lanjut. Kami bersedia melayani anda.


Nooren Aman
ID Member: 13534011

Comments

Popular Posts

Kenapa Saya Memilih Essential Oil dari Young Living

Minyak Pati Asli; Kalah Membeli Menang Memakai

Wangian yang menenangkan selepas balik dari kerja