Minyak Pati Asli; Kalah Membeli Menang Memakai

Minyak pati 100% natural dan organik

Pengenalan

Tahukah anda bahawa minyak pati tiruan sahaja yang dijual dengan murah? Manakala minyak pati asli yang 100% natural dan organik dijual dengan harga sehingga ratusan ringgit? tidak sama dengan minyak pati yang dijual secara meluas di kedai-kedai hadiah, kedai serbaneka dan juga supermarket. 


Minyak pati asli Idaho blue spruce young living 100% natural dan organik, kalah membeli menang memakai

Penghasilan Minyak Pati

Minyak pati untuk aromaterapi diekstrak dari bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan seperti rose, lavender dan peppermint.

Walaubagaimanapun, terdapat juga minyak pati yang dihasilkan melalui campuran bahan lain seperti sintetik, metanol dan merkuri untuk menjadikannya lebih banyak dan mengurangkan kos, dan seterusnya boleh dijual dengan murah.

Sebenarnya, banyak sahaja minyak pati aromaterapi yang tidak mengandungi bahan yang natural di pasaran. Ia dihasilkan di makmal sepenuhnya dengan bahan kimia dan sintetik. Wangiannya boleh sahaja mirip yang asli tapi tidak sepenuhnya. Khasiatnya juga tidak ada! malahan ia mungkin membawa masalah pada kesihatan anda di kemudian hari.

Jika anda pernah membeli minyak pati untuk aromaterapi yang murah, cuba lah sekali sekala untuk membeli minyak pati yang 100% natural pula. Bandingkan wangiannya. Walaupun ia sedikit sama, kebaikan dari minyak pati asli tidak anda dapat.  

Minyak pati asli dihasilkan melalui proses pengewapan. Ia sedikit sama dengan proses terjadinya hujan. Air dari bumi naik melalui udara sebagai wap dan kemudian berkumpul di dalam awan. Jika sesuatu kawasan mempunyai pencemaran udara seperti pembakaran terbuka, maka wap yang berkumpul di dalam awan tadi akan menjadi hujan berasid. Jika tidak ia akan menjadi hujan yang bermanfaat kepada tumbuhan dan manusia. 

Minyak pati adalah bentuk lain dari bunga dan tumbuhan yang diekstrak. Tidak seperti hujan yang berasal dari air kemudian turun sebagai air juga.


Minyak pati asli rose dari young living 100% natural dan organik

Kenapa Mahal?

Jika kita menghidu minyak pati rose misalnya, kita seumpama sedang menghidu bunga rose yang sebenar juga. Tahukah anda bahawa wangian mempunyai pengaruh kepada otak kita dan seterusnya mengubah getaran energi kita kearah yang lebih positif? Ya, malahan bunga  rose sudah digunakan dalam perubatan tradisional dan kosmetik sejak dulu. Begitu juga dengan bunga-bunga lain dan tumbuhan yang biasa terpilih untuk dijadikan minyak pati. 

Selain dari manfaat wangian aromaterapi, minyak pati asli juga boleh di letakkan dalam makanan dan minuman, serta boleh disapu pada kulit untuk rawatan kecantikan dan kesihatan. Jika ia terbuat dari bahan natural sudah pasti tidak bermasalah. 

Menghidu bahan sintetik sahaja membuatkan ia sudah berada dalam badan kita, apalagi jika  diletakkan dalam makanan dan minuman serta disapu pada kulit kan? 


Minyak pati asli Jasmine young living 100% natural dan Organik kalah membeli menang memakai

Kesimpulan

Kalah membeli menang memakai, minyak pati asli yang 100% natural dan organik, dihasilkan dengan penuh perhatian dari proses penanaman sehingga pembungkusan. Serta melalui banyak pemeriksaan dan ujian saringan. Semua ini dilakukan bagi memastikan kualiti isi kandungannya yang terjaga dan bermanfaat kepada pengguna. Samada anda mementingkan kos atau harga, anda sendiri lah yang menentukannya. 

Untuk maklumat lanjut tentang minyak pati asli dari Young Living boleh lah whatsapp ke 0168037709. Terima kasih kerana berminat. 💜

Comments

Popular Posts

Kenapa Saya Memilih Essential Oil dari Young Living

Wangian yang menenangkan selepas balik dari kerja