Kenali Bahan Toksik Dalam Deodoran Dan Antiperspiran


Kenali Bahan Kimia Toksik dalam Deodoran dan Antiperspiran

SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI PENYAKIT!

Ha.. apa tu? nak tahu?

YES! Jom ambil tahu 😊

Itu lah bahan kimia aktif dalam produk  kegunaan kita seharian. 

Ni mau cerita tentang bahan kimia aktif PENYEBAB PENYAKIT yang terkandung dalam Antiperspirant atau Deodorant yang kita guna setiap hari!

Kebanyakan jenama mempunyai satu atau lebih daripada bahan-bahan seperti berikut:

🚫 Aluminium Chlorohydrate

Ialah sejenis garam yang digunakan pada antiperspirant untuk menutup kalenjar peluh dari mengeluarkan peluh lebih banyak! Juga dikenal sebagai aluminium zirconium chlorohydrate. Ia bertindak balas dengan protein yang terdapat dalam peluh untuk menghasilkan gel bagi memblok kalenjer peluh. Walaupun ia tidak dapat menghalang peluh terjadi sepenuhnya, ia dapat mengurangkannya.

Garam yang seumpamanya adalah aluminium chloride, aluminum sulphate dan aluminium phenosulphate. Penyediaan jenis garam-garam ini menjadi sangat asidik apabila bercampur dengan peluh. Akibatnya ia menyebabkan iritasi pada kulit. Dalam kes yang serius iritasi ini boleh menyebabkan dermatitis di mana kulit menjadi merah, gatal dan menyakitkan.

Pada ujikaji yang melibatkan haiwan, pendedahan kepada spray aluminium chlorohydrate meninggalkan partikel di paru-paru untuk 2 bulan atau lebih lama. Aluminium dari sumber lain juga sering dikaitkan dengan berbagai gangguan otak termasuk Alzheimer.

Aluminium chlorohydrate sememangnya efektif, tetapi berhati-hati lah, kekuatan extra yang ia miliki juga boleh menaikkan ruam pada sesetengah orang. 

🚫 Triclosan

Ini ialah anti mikroba yang tidak pernah didemonstrasi untuk membunuh kuman penyebab bau badan. Menurut USFDA, dosaj triclosan yang tinggi yang tersimpan pada kulit orang yang mempunyai metabolisme rendah boleh merosakkan hati.

🚫 Parabens

Juga dikenal sebagai hydrobenzoates. Bahan kimia ini digunakan sebagai bahan pengawet dalam kosmetik kerana keupayaan anti bakteria dan anti kulat yang ia miliki. Umumnya bahan ini dikenal sebagai penyebab alergi pada pemilik kulit yang sensitif. Paraben juga disebut dalam laporan penyebab kanser payudara!

🚫 Alkohol dan Pewangi

Ini adalah penyebab kepada iritasi kulit pada semua orang yang mempunyai kulit sensitif. Pewangi yang biasanya digunakan adalah wangian sintetik bagi menutup bauan bahan kimia aktif.

πŸ˜‰ Bila anda sudah tahu, tak boleh lagi pura-pura tak tahu tau, ni belum lagi cerita pasal produk kosmetik yang lain. πŸ˜… Boleh periksa label deodoran anda untuk kepastian.

πŸ™πŸΌ Jadi marilah ubah hidup kita yang penuh toksik ini bermula dengan menukar deodoran yang natural dan organik. πŸ˜„

❣️ Amalan hidup sihat amalan mulia πŸŒΈπŸ’š

Sharifg with Love ♥️ NA

sumber:
Cosmetics & Personal Care Products
by, Consumers Association of Penang (CAP)

#yleo #aromaguard #deodoran #natural #organic

Comments

Popular Posts

Kenapa Saya Memilih Essential Oil dari Young Living

Minyak Pati Asli; Kalah Membeli Menang Memakai

Wangian yang menenangkan selepas balik dari kerja